Liyana Malek - Nama dan Tagline

Nak dapatkan nama dan tagline yang cun melecun, ingat senang? Kalau tak pernah buka buku marketing, cakap dengan orang sebelah, kesian.

 
Katakan anda buat produk cheese tart, tapi letak nama produk Cheese Tart Ita or Cheese Tart Kak Cik Ta. Memang tak kelas langsung.

ATAU

Buat serunding. Letak jenama Serunding Jawa. Memang tak kelas.

Cer perhatikan jenama international / antarabangsa.

Nike, tiada kena mengena pun pasal kasut atau pakaian.
Jacobs, tiada kena mengena pun pasal biskut.
Adidas, tiada kena mengena pun pasal eksosori sukan.
Habib, eh jenama emas ke ni?
Milo, lagilah tiada kena mengena pun pasal serbuk koko.
Oreo, dengar sekali macam nama planet?

Jadi, apa kesimpulannya?

Buat jenama produk anda yang tak menunjukkan langsung nama dan ciri-ciri produk tu. Jika nak juga buat, fikirkan jenama yang hampir sama dengan nama produk.

Contoh, anda buat kek coklat. Dari letak nama Kek Colat Abu, baik bagi nama Choclebu. Chocolate + Abu. Contoh jer.

Faham ke faham?

Tak faham tidak mengapa mudah-mudahan dipermudahkan.


+Liyana Malek
Branding Specialist #1 Malaysia

No comments:

Post a Comment