Liyana Malek : Misi Baru

Saya dah fikir masak-masak. Saya berhenti dari dunia anak-anak.
Pasrah.
Saya dah letih.
Saya dah penat.

Walaupun ini adalah passion saya, tapi saya tak mampu nak teruskan. 

Setiap kejayaan ada halangan. Saya perlu memberi fokus.
Fokus saya sekarang adalah kepada membantu meningkatkan imej branding produk/servis peniaga ke taraf antarabangsa. Alhamdulilah Le Desain banyak membantu merealisasikan idea melalui desain yang mampu meyakinkan pelanggan walaupun produk anda baru semalam dipasarkan.

Terlalu ramai yang memerlukan idea dan pandangan saya tentang perniagaan untuk dibantu ke arah yang lebih baik. Ramai peniaga yang memerlukan khidmat saya secara personal mahupun coaching mendapatkan cara dan strategi yang betul untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Apabila perniagaan mula berkembang, secara tidak langsung lebih banyak masa ibu bapa dengan anak-anak. Maka, lebih mudah untuk anak-anak merasa kasih-sayang seorang ibu dan ayah. Itulah misi saya.

Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan silap saya selama ini. Sebelum ini saya ada menulis sebuah buku yang saya kumpulkan semua pengalaman saya dalam membantu lebih 1,500 ibu bapa dalam masa setahun. In Sha Allah, buku ini boleh didapati tidak lama lagi.
Semoga buku ini menjadi inspirasi anda mendidik anak-anak dengan lebih mudah.

+Liyana Malek
Branding Specialist #1 Malaysia

No comments:

Post a Comment