Liyana Malek: 3 Punca Perniagaan Anda Melingkup


9/10 Pelanggan membeli dengan mata.

Pandangan pelanggan dari mata jatuh ke hati dan terus ke otak.
Baru minda pelanggan termimpi-mimpi produk anda itu pun jika produk anda memang memiliki ciri-ciri yang betul.

Masalah yang dihadapi oleh ramai peniaga sehingga jualan mereka biasa-biasa adalah disebabkan oleh 3 faktor utama.

Faktor 1 : TIADA NAMA

Anak yang baru lahir pun diberikan nama, sama juga dengan produk/servis. Jika tiada nama bagaimana pelanggan boleh ingat. Manusia boleh juga diberi nama timbangan seperti Tipah atau Ah Chong.

Produk anda sampai ke hati hendak dipanggil hoi!. Maaf atas bahasa saya tetapi ramai peniaga mempunyai produk yang sedap, servis yang terbaik malangnya, 'No name'.





Faktor 2: TIADA LOGO


Cuba anda lihat produk atau servis anda. Adakah mempunyai logo?
Apa itu logo?
Logo adalah identiti utama produk/servis yang dilakukan oleh peniaga.
Logo sangat membantu memberi imej yang betul kepada pelanggan.
Pelanggan kemungkinan boleh lupa packaging atau pembungkusan anda tetapi pelanggan lebih mudah ingat logo anda.

Logo yang digunakan secara berterusan memberi nilai yang besar kepada sesebuah perniagaan tersebut. Cuba kita lihat syarikat besar seperti Nestle, ianya mempunyai logo walaupun ia hanya perkataan. Sebaik-baik logo adalah logo yang ringkas dan mudah difahami dengan hanya sekilas pandang.
Kredit gambar oleh Nestle.

Faktor 2: TIDAK KONSISTEN

Apabila melakukan sesuatu perubahan, pastikan ia berterusan. Contohnya, apabila meletakkan logo disebelah kanan, pastikan semua perkara, logo mestilah disebelah kanan. ia untuk membantu pelanggan ingat dengan mudah logo dan terus melekat di minda mereka.

Elakkan sesama sekali untuk menggunakan terlalu banyak warna dalam sesuatu produk. Memang betul penggunaan warna untuk menarik pelanggan tertarik dengan produk tersebut tetapi jika terlalu banyak warna ia menyebabkan mata tidak dapat memberi fokus yang mana satu hendak dilihat terlebih dahulu.

------

Jumpa anda nanti di Seminar Branding pada:
Tarikh: 1 Jun 2014
Masa: 10pagi-1 tengah hari
Lokasi: Hotel De Palma

+Liyana Malek
Branding Specialist #1 Malaysia


No comments:

Post a Comment