Liyana Malek: Anda Layak Kaya dan Berjaya

Hari ini saya ingin kongsikan kejayaan insan yang memiliki pendapatan minimum RM120,000,000 setahun.

Kisah si dia ingin menjadi kaya dan hidup senang bermula pada usianya di sekolah rendah. Si dia tidak mahu ke sekolah. 'Ibu, adik tidak mahu ke sekolah, kasut tidak ada.' kata anak kecil ini. Ibunya menjawap,' adik tetap kena pergi ke sekolah.' Anak ini tidak mahu mengalah lalu berkata,' ibu, adik nak kawin dengan anak rajalah. ' Ibunya menjawab  dengan senyuman, nak kawin dengan anak raja pun perlu pergi ke sekolah.' Lalu anak ini pun pergi juga ke sekolah dengan matlamat ingin berkahwin dengan anak raja.
Sesi Mak Tok mencurahkan ilmu.
Setiap hari anak ini  pergi ke sekolah dia sengaja lalu dikawasan rumah banglo ini tanpa jemu. Walaupun laluan ke sekolah dengan rumah banglo tersebut agak jauh, tetapi dia tidak memutuskan semangat anak ini. Rumah ini dihalamannya mempunyai serumpun pokok bunga ros yang cantik. 

Anak ini setiap pagi akan mengira berapa keuntungan bunga ros yang kembang mekar dan baru berputik di banglo tersebut. Malah, bukan itu sahaja si dia ini akan menggira berapa pintu yang ada dirumah tersebut.  Satu hari anak ini mempunyai niat. Untuk mengambil  sekuntum bunga ros yang sangat mekar di rumah banglo tersebut. Hanya sekuntum.

Setiap hari dia akan lalu ke rumah tersebut dan apabila harinya sesuai, dia terus lari masuk dan petik sekuntum bunga ros di halaman banglo tersebut. Anak ini terus letak di dalam pasu bunga yang berisi air.
Dari kiri gambar, Puan Nora Haji Osman, Liyana Malek, Datin Atikah dan Puan Faridatul Azna
Riuhnya kami ibarat cucu bertemu nenek.
Anak kecil yang saya maksudkan adalah Datin Atikah, Pemilik Hi Goat. Beliau lebih dikenali sebagai Mak Tok.
Walaupun ia hanya impian masa kecil ingin hidup senang tetapi dengan kesungguhan tersebut beliau mampu membina empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit. Hi Goat sangat di kenali dengan susu kambingnya yang memiliki banyak khasiat. Untuk beliau membina brand Hi Goat ia bukan mengambil masa 1-2 hari tetapi bertahun-tahun. Ia memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan semangat yang kuat.

Ianya bermula dengan hanya 1produk iaitu susu kambing. Fokus sehingga mencapai jualan RM 1,000,000 dan bertambah barulah kembangkan dengan produk lain. Itu namanya maintain your brand supaya pelanggan percaya pada produk tersebut baru kembangkan. Kalau akar pun goyang bagaimana ingin membina pokok yang tinggi dan berdaun lebat?

Mak tok pun pandai selfie.
Setiap apa yang dilakukan memerlukan ilmu. Seperti ingin berkahwin dengan anak raja pun perlu pergi sekolah sebab dengan ilmu kita mampu bertindak dengan yakin.

Bagaimana dengan anak raja? 
Datin Atikah dapat berkahwin?


Alhamdulilah beliau dianugerahkan dari Allah seorang suami yang melayannya seperti pemaisuri. Hidupnya penuh dengan kegembiraan bersama suami tercinta dan rumahnya juga mempunyai bunga ros.

Jika diberi peluang saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana dengan impian, anda mampu menjadikan  ia kenyataan melalui perniagaan. Membina perniagaan melalui branding mampu menjadikan produk/servis anda kelihatan sudah lama dalam pasaran. Ini secara tidak langsung membantu melonjakkan jualan produk anda.

Branding Specialist #1 Malaysia

No comments:

Post a Comment