Liyana Malek: Buah Epal Pun Ada Brand

Salam Semua.

Semoga anda seisi keluarga sentiasa dirahmati Allah swt dan diberi rezeki yang melimpah ruah serta sentiasa bersyukur kepadaNya! Amin

Tahniah kepada anda yang telah memulakan langkah mengenali brand/jenama produk/servis anda melalui post saya atau yang berjumpa secara personal dengan saya. Program saya yang seterusnya adalah Seminar Branding (1 Jun 2014) di Hotel De Palma. Kelemahan orang yang berniaga terutamanya saya yang dulu berbanding rakan-rakan saya yang berbangsa cina adalah kurangnya ilmu branding/penjenamaan.

Saya dapati dulu saya terlampau fokus kepada pemasaran sehingga pandang enteng terhadap branding. Saya tahu jual produk dan dapat duit. Itu sahaja. Sebenarnya, baru saya tersedar sebenarnya saya perlukan brand yang betul apabila ingin meningkatkan jualan. Apabila branding yang betul dan ilmu pemasaran yang power dari Dr Azizan sendiri mampu meledakkan perniagaan anda. Itu memang tidak boleh dinafikan.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang buah epal.
Proses buah epal tumbuh dan membesar adalah sama. Ia memerlukan akar yang kuat dan nutrisi yang cukup untuk menjadi buah yang cantik. Jadi apa bezanya antara epal-epal ini? Jika epal ini merah, semuanya berwarna merah dan jika ianya hijau semuanya menjadi epal hijau.

Beza antara sebiji epal dan epal yang lain adalah pada BRAND epal tersebut. Jika jenama epal tersebut adalah Fuji Apple, kita sudah tahu epal ini merah dan biasa rasanya ranggup. Harganya juga lebih tinggi daripada harga epal yang tiada apa-apa jenama pun. Malah, terdapat produk brand Apple sendiri iaitu daripada Steve Job seperti Mac, iPod, iPad dan iPhone. Ianya jauh lebih mahal daripada epal yang kita makan. Betulkan?


Kenapa epal itu mahal?
Adakah pada jenis buahnya atau jenamanya?
Sebenarnya, ia terletak kepada jenama epal itu sendiri.
Jenama yang diberikan menyebabkan pelanggan dapat mengenali identiti dan kualiti produk itu sendiri. Sebut sahaja Fuji Apple sudah pelanggan tahu ciri produk tersebut dan kualitinya. Zaman teknologi kini gadjet adalah penting. Sebut sahaj telefon bimbit Apple, pelanggan sudah boleh bayangkan rupanya, cirinya dan kekuatan produk iPhone itu sendiri. Brand adalah simbol kepercayaan pelanggan.

Dalam hidup ini, kita sentiasa ingin memiliki kehidupan yang lebih baik. Pelanggan juga begitu, mereka sentiasa tercari-cari produk/servis yang berkualiti. Apabila perniagaan kita mempunyai identiti jenama yang tersendiri, ia memudahkan hidup pelanggan.
Lebih cepat mereka attached atau rapat dengan jenama tersebut, lebih mudah mereka ingat produk/servis anda. Seterusnya, jualan dapat ditingkatkan kerana jenama anda sudah ‘bercakap’ bagi pihak anda seperti dalam Seminar Branding,-‘Let The Brand Speaks For You,’ Ianya lebih mudah untuk menawan hati pelanggan.


Semoga anda sukses selalu, jumpa lagi lain kali!
Jangan terlepas kelas pertama dan terakhir Seminar Branding pada 1 Jun 2014 di Hotel De Palma. Kelas ini kelas terakhir untuk usahawan daripada usahawan. Layari www.seminarbranding.com

Branding Specialist #1 Malaysia


2 comments:

  1. Like your entry sis... Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga bermanfaat dan dapat aplikasikan kepada mereka yang berbisnes. Amin :)

      Delete