Liyana Malek : Dimanakah Letaknya Kepercayaan Pelanggan?


Hari ini perniagaan yang anda lakukan mungkin sama sahaja dengan orang lain. Contohnya, jika anda membuat kek, ada juga orang lain membuat kek yang mungkin sama dengan anda. Pelanggan mereka mungkin pelanggan anda juga.

Pernahkah anda mengalami situasi ini atau melihat situasi ini, ‘pelanggan suka sangat pergi ke kedai A sehingga tidak nampak kedai B yang jual produk yang sama dengan kedai A.’ Sebenarnya apa silapnya kedai B ini?

Ianya bermula dengan 5 patah perkataan iaitu 
T.R.U.S.T

Seperti saya sendiri, apabila saya pergi makan, contohnya saya sentiasa akan pergi semula ke kedai yang saya suka dengan keenakan dan layanannya.


Apabila pelanggan suka pada sesuatu produk/servis dari tempat tertentu mereka sanggup datang dari jauh walaupun lokasi produk/servis agak tersorok. Ia terjadi disebabkan pelanggan sudah percaya dengan produk tersebut. Kita sebagai pelanggan inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita, betul?
Kata orang, biarlah jauh janji puas. 
Macam biasa dengar?

Kepuasaan pelanggan adalah tanda kepercayaan mereka kepada produk/servis yang kita tawarkan. Betul, kita tidak mampu memuaskan semua kehendak pelanggan tetapi apabila pelanggan percaya kepada kita lebih mudah mereka terus setia selama-lamanya. 

Kepercayaan pelanggan adalah pada jenama iaitu identiti anda. Kita boleh memiliki kepercayaan pelanggan apabila kita mempunyai ilmu branding. 

Keuntungan perniagaan bergantung kepada kepercayaan pelanggan. Jika pelanggan sudah tidak percaya atau belum percaya produk anda, itu tandanya perniagaan anda sedang memasuki jalan mati. Perbaiki semula branding produk supaya pelanggan mudah faham tentang message yang ingin disampaikan oleh anda. 

Apabila message itu mudah difahami oleh pelanggan, mereka mudah untuk mencuba sesuatu yang baru sebab sifat manusia memang suka untuk mencuba dan menilai. Maka, apabila jenama produk/servis anda terbaik, mereka akan terkenang-kenang sehingga mereka datang lagi.

Branding Specialist #1 Malaysia

2 comments:

  1. Pada saya, kita mesti pandai dalam ilmu marketing. Saya pun kurang fasih dalam MARKETING ni terutama dalam technique of sales and technique of closing sales. Itu yang ramai orang2 kita lemah.
    firstly you kena letak pricing at optimum cost, 2ndly, branding (jenama2 produk, jenama kedai,dan jenama syarikat anda), 3rd is the distribution ( how organise is your shop, is it pleasant looking or attractive looking, how well you distribute and display you various product, how attractive do you label your product dan sebagainya). Dalam perkara ini anda perlukan interior designer untuk memulihkan kedai anda walaupun kedai runcit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Polygamist atas maklum balas tersebut. Memang benar ketiga-tiga perkara itu sangat membantu membina kepercayaan pelanggan terhadap sesebuah perniagaan tersebut. Ini menjadi identiti kepada pelanggan untuk terus setia kepada produk/servis yang ditawarkan.

      Delete