Liyana Malek : Sri Munawwarah Bukan Sekadar Pakaian

Kali ini saya ingin berkongsi disebalik cerita wanita yang sangat dikenali dalam bidang pakaian muslimah iaitu Dato' Nah Munawwarah. 
Baru-baru ini, Sri Munawwarah Design telah menempa kejayaan yang besar iaitu pertunjukkan koleksi pakaian terbarunya di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Selfie dengan Mummy.
Apa yang memukau saya adalah proses menjalankan majlis yang terkemuka ini hanya mengambil masa 10 hari dari tarikh majlis iaitu pada 13 Mei 2014. Hanya 10 hari sahaja. Ia sangat memberi inspirasi dan menunjukkan tiada apa yang mustahil untuk seluruh kumpulan dibawah kelolaan Dato' Nah. Alhamdulilah, sebanyak 400 buku terbaru saya juga turut membantu dalam setiap beg goodies kepada para tetamu dan pihak media.

Dato' Nah atau lebih dikenali sebagai Mummy membina empayar ini bukan sekadar menjual pakaian semata-mata. Impiannya besar iaitu membantu menyebarkan dakwah melalui pemakaian. Beliau ingin melihat lebih ramai wanita muslim berpakaian sopan dan tetap nampak elegan serta bergaya walaupun di majlis formal. Cita-cita inilah menjadi sumber kekuatan Sri Munawwarah sehingga sekarang sudah hampir 22 tahun sejak ditubuhkan pada 1992.

Jenama atau Brand Sri Munawwarah adalah sangat unik sebab kekuatannya ada pada Mummy. Konsep rekaan adalah bersifat evergreen sehingga ia boleh dipakai pada bila-bila masa dimana jua. Bahasa mudahnya, sangat berbaloi membelinya sebab ia mudah dijaga dan secara peribadi saya menyukainya kerana ia tidak perlu digosok terutama pada koleksi yang saya miliki.

Untuk Sri Munawwarah kekal menjadi brand yang terulung dalam bidang pakaian muslimah bukan mudah. Ia memerlukan banyak tenaga dan usaha. Masih segar dalam ingatan saya, Puan Haslina Ali ada menyebut untuk mendapatkan kain lycra yang terbaik mummy akan pergi mencari dibeberapa buah negara sehingga berjumpa dengan kualiti yang diinginkan. Ini menunjukkan kualiti adalah keutamaan kerana ia adalah brand yang telah diterapkan didalam semua rekaan tersebut.

Buku terbaru saya bersama-sama di dalam beg goodies untuk para tetamu dan media.
Brand yang bagus bukan datang dari syarikatnya semata-mata tetapi melalui pengalaman yang dialami oleh pelanggan. Munawwarah berjaya mengekalkan brand tersebut. Setiap kedai Munawarrah mempunyai elemen yang tersendiri sehingga anda seronok untuk membeli-belah dengan lebih lama. Kemesraan staf-staf Munawwarah sangat ramah dan sudi membantu anda sepanjang membeli belah menjadikan semuanya lebih mudah untuk anda. Anda tidak perlu percaya dengan setiapa coretan pengalaman saya tetapi rasainya sendiri.

Munawwarah memberi sentuhan khas kepada pelanggannya untuk mencuba koleksi terbaru mereka.
Untuk berjaya ia bukan usaha semalaman sahaja. Ia memerlukan proses. 
Marketing adalah enjin kepada perniagaan. 
Branding adalah imej dalam perniagaan. 
Ianya barat isi dan kuku. Tidak boleh dipisahkan walaupun seketika.


Branding Specialist #1 Malaysia








No comments:

Post a Comment