Liyana Malek: IMMK Pengubah Persepsi Saya!

IMKK saya yang pertama adalah pada usia saya 19 tahun. Masa itu saya dalam confuse state. Nak ambil course apa? Universiti apa? Apa yang saya tahu pada ketika itu saya hanya suka bercakap dan duit. Itu sahaja. (Bila dikenang-kenang rasa jahilnya aku ni!)

Satu hari, ibu saya terbuka surat khabar Metro dah expired tarikhnya. 'Along cuba pergi seminar ini. Manalah tahu along boleh jumpa jalan.'Saya yang bingung katak ni pun terus ikut sahaja.' Sampai ditempat seminar di Wisma MCA jam 7pagi tetapi terpaku sekejap. Ni kelas apa? Ramai gila orang baru pukul 7pagi. Saya ingat saya dah awal rupanya ada orang lagi awal. Memang gila betul!

Saya geram sebab saya kena duduk beratur panjang walaupun datang paling awal kononnya. Saya pun menggunakan skill saya untuk pastikan beratur paling depan. Tengah-tengah adjust untuk beratur depan saya pun hanya mendengar orang keliling bercakap.'Buka sahaja pintu, kena lari tau.' 
Saya yang tidak tahu hujung pangkal, buka sahaja pintu saya terus pecut. Alhamdulilah dapat duduk depan. Yeah!!


3 hari saya berkampung di Wisma MCA bersama ibu saya. Adik-adik semua kami hangkut duduk hotel Corus dengan periuk nasi dan lauk untuk 3 hari. Memang gila! Itulah kali pertama saya melihat bertapa gigihnya ibu saya. Saya sangat touching.

Selepas program IMKK, saya seperti mendapat mata baru.
Cara saya berfikir berbeza. Dr Azizan Osman banyak mencuci otak saya. Seperti kena clorox dalam program itu.
Jika dulu saya fikir hanya duit saya dipandang tinggi sebenarnya tidak.
Ilmu seseorang itu menjadi kita lebih bijak menggunakan duit di jalan yang betul.
Bukan pandangan manusia yang dikejar tetapi pandangNya yang paling utama.

Di IMKK juga permulaan saya boleh menangis sebab dulu hati saya sangat keras. Setitik air mata pun susah nak jatuh tetapi dalam IMKK habis tisu orang sebelah saya minta. Bila kita bersihkan kolam jiwa, semuanya menjadi mudah dan tenang.

Saya lebih tenang dalam membuat keputusan. Walaupun saya sememangnya seorang yang gila-gila, saya masih boleh kawal diri ditempat yang betul.hehehe 
Ye lah, dalam program Dr Azizan Osman sahaja boleh melompat dan menari macam disco tetapi halal.Tiba-tiba boleh menangis dan bergelak ketawa. Tiba-tiba sahaja boleh berpeluk dengan orang yang tidak pernah kenal (yang sama muhrim ya). Semuanya 1 pakej. MasyaAllah.

Siapa yang ada anak tetapi cakap 100 kali pun susah nak dengar, inilah permulannya. 
Siapa yang ada pasangan tetapi asyik bertegang urat sahaja, inilah solusinya. 
Saya sudah mendapat mata baru selepas IMKK. 

Alhamdulilah selepas IMKK saya mendapat tawaran di salah sebuah IPTA terulung di Malaysia dengan full scolarship. 
Tips dari saya, niatkan apa yang anda hajatkan sebelum menghadiri IMKK. Bila kita sudah menanam niat sebelum majlis ilmu, apa sahaja tindakan kita sentiasa dalam doronganNya. In Sha Allah.

Branding Specialist #1 Malaysia

No comments:

Post a Comment