Liyana Malek : Seminar Branding Melimpah


Alhamdulilah pada 1 Jun 2014 telah berlangsungnya Seminar Branding
Sememangnya ianya adalah permulaan yang julung kalinya saya adakan untuk bertemu terus kepada para peniaga atau bakal usahawan. Ianya adalah seminar yang pertama kali diadakan atas sebab saya rasa sangat berdosa.

Berdosa sebab saya melihat ramai ibu bapa terpaksa mengkorbankan masa bersama anak-anak hanya kerana ingin mengubah nasib hidup mereka. Itulah yang menjadikan saya kuat untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun saya dalam membantu meningkatkan branding agar imej produk/servis anda lebih mudah dikenali oleh pelanggan. 

Secara tidak langsung, apabila perniagaan sudah maju, anda mempunyai banyak masa berkualiti dengan anak-anak. 
Anak bahagia, ibu bapa bahagia. 
Keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.


Pada permulaannya, seminar ini 
saya meletakkan sasaran hanya 20 orang sahaja. 
Alhamdulilah, pada hari seminar seramai 85 peserta telah hadir. Saya sangat terperanjat!

Sehingga saya dimaklumkan pada hari kejadian pendaftaran masih juga ada sehingga jam 6.30pagi. MasyaAllah begitu melimpah ruah sehinggakan ada yang terpaksa duduk di depan pintu dewan seminar. Setiap peserta membawa pulang ilmu yang saya belajar dan peroleh seawal usia 13 tahun dalam menguruskan tadika dan taska dulu. Tahniah! kepada semua peserta yang hadir. Anda sememangnya sangat luar biasa.

Ada yang turun dari Seremban, Johor, Melaka sehingga orang Pahang dan Terengganu juga turut hadir. Semuanya hanya semata-mata untuk menuntut ilmu. Saya doakan semoga usaha yang anda buat menjadikan anda terpaksa berjaya dan identiti produk/servis anda lebih mudah dikenali oleh pelanggan. Ini membantu melonjakkan jualan anda dengan lebih tinggi. Amin

Untuk berjaya kita perlukan ilmu. Anda sudah memiliki ilmu sekarang.  Sekarang, yakin untuk bertindak dan adjust mengikut keadaan. Ilmu branding dan marketing adalah seperti aur dengan tebing. Ianya saling melengkapi dan memerlukan. 

Hanya untuk kali ini sahaja, program lanjutan diadakan bertujuan untuk membantu para usahawan dan bakal peniaga yang betul-betul serius untuk memiliki identiti produk/servis bertaraf antarabangsa. Apabila produk/servis anda memiliki branding yang betul ia sangat membantu untuk meningkatkan jualan syarikat. Bersama program ini nanti saya akan berganding bahu dengan pakar jualan untuk membantu meningkatkan jualan terutama pada musim perayaan.

Maklumat program Lanjutan Seminar Branding adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 & 17 Jun 2014
Lokasi : Pusat Latihan Reiki, Seksyen 9 Shah Alam

Selama lebih 13 jam anda akan mempelajari seperti berikut:


Untuk mendaftar boleh layari di http://adv.seminarbranding.com ATAU hubungi 017 6066 422 / 013 6066 949
Tempat adalah sangat terhad!

Branding Specialist #1 Malaysia




No comments:

Post a Comment